Assalamualaikum pada semua,semoga hari anda ceria selalu.Mesti semua orang ada pengalaman time study kan?? ha sapa yang takde tu korang mmg noob tak tahu nak cakap la😂😂. Takdelah sis gurau jer jangan terasa okay...kita chill jer.
Cerita pasal pengalaman ni sis teringat pengalaman time sis belajar kat matriks. Sis study dekat kolej Matrikulasi Melaka.uish bangga lak sebab dapat habis kolej dengan jayanya walaupun dalam keadaan pandemik ni. Tapi sebelum nak mula membebel, sis dapat tawaran program 2 tahun tau maklumlah result spm dulu biasa-biasa jer tapi alhamdulillah ada hikmah. Cuma bila dapat result tu macam terkejut gak la sebab dapat matriks😱.So sis tanya parents ok ke kalau amik matriks ni diorg pun support jer yang penting dapat belajar.
Kita mulakan dengan hari pendaftaran. Kalau korang nak tahu, sis ni tak pernah duduk asrama so this is my first time..agak nervous jugak masa tu. Paling sis rasa macam kelakar sikit time nak tahu asrama mana. Masa tu kawan sis dah smpai dulu dia kata amik block B1, sis pun ok jer pastu akak fasilitator yang jaga bahagian tu bagi block A1 tapi sis boleh pulak mintak nak B1 nasib baik tak kene marah hahahahaha....
Ok dah settle semua benda kat dewan.....jeng jeng jeng, part paling mencabar masa nak amik kunci bilik, fuh berpeluh rasa sebab yela tak tahu kan dapat roommate jenis macam mana. Takut jugak dapat roommate yang tak sporting sebab nanti tak best dah la nak duduk sama-sama setahun bukan 6 bulan...korang yang duduk asrama dari form 1 tu mesti pernah rasa dapat roommate pelbagai jenis kan????Tapi sis rasa bersyukur la sebab dapat roommate semua sekepala dan gila2.
Sis orang first yang masuk bilik so dapat la pilih katil dulu hehehee...kitaorg bukan katil bertingkat tapi katil single sebelah menyebelah. Dalam bilik tu pun ada ampaian tapi kat tingkat bawah pun ada yang besar. Bilik air pun besar and bersih pastu sebelah bilik sis jer lagi senang nak mandi takyah jalan jauh😁. So far memang puas hati la bilik asrama tu cuma dinding jer la batu bata bak kata orang macam dalam penjara tapi nice jer takde lah suram sangat.
Rasanya itu sahaja pengalaman first time sis masuk asrama..kalau nak tahu banyak lagi pengalaman sis, tunggu ok..thank you guyss yang sanggup baca bebelan sis yang tak seberapa ni. Sampai ketemu lagi di blog yang seterusnya..assalamualaikum💖
No comments:
Post a Comment